
Olive House Selayang Dan Medan Mara (OHSEMM) bermula pada 8 Ogos 2016 dimana Puan Normala Khalid menjadi Ejen Olive House secara rasminya. Cerita di sebalik menjadi Ejen rasmi Olive House ini, Puan Normala Khalid sekeluarga telah menjadi pengguna produk Olive House yang mana telah diperkenalkan oleh Puan Azrifah adik kepada pengasas dan CEO Olive House Al-Fadhil Ustaz Muhammad Aidil Azwal Zainudin pada sekitar tahun 2015.
Penggunaan produk Olive House yang berasaskan organik yang diiktiraf persijilan antarabangsa seperti USDA & EUROPEAN organik telah memberikan manfaat yang berharga kepada Puan Normala Khalid sekeluarga khususnya suami beliau Encik Azwan Azrul yang baru mengidap penyakit darah tinggi. Hasil "paksaan isteri" dan istiqomah selama 5 hingga 6 bulan, tekanan darah tinggi beliau menjadi normal dengan mengamalkan minyak zaitun Olivie Plus 30x, Sari Cuka Buah Teen, Jus Delima, Kayu Manis Ceylon dan Teh Daun Zaitun.
Manfaat produk Olive House ini bukan sahaja hanya ingin dinikmati Puan Normala Khalid sekeluarga, tetapi beliau mengambil keputusan menjadi Ejen rasmi pada bulan Ogos 2016 dengan dorongan suami Encik Azwan Azrul beserta bantuan Pengurus Ejen Olive House Lembah Klang 2, Al-Fadhil Ustaz Nor Paiza bagi menyebarkan manfaat ini kepada keluarga dan sahabat handai.
Perniagaan yang bermula dengan sokongan belian oleh ahli keluarga lain dan sahabat handai ini telah diperakui keberkesanannya. Hasil testimoni penggunaan produk yang memberangsangkan telah meluaskan lagi skop jualan kepada masyarakat setempat khususnya. Dengan promosi berkala pihak Olive House di media massa seperti televisyen dan radio, produk Olive House dicari-cari oleh para pelanggan yang ingin menikmati faedahnya. Hasil usaha memperkenalkan produk Olive House ini, jualan bulanan serta latihan berkala diterima Puan Normala Khalid telah melayakkan beliau menjadi Ejen Senior pada Julai 2017 setelah hampir setahun menjadi ejen biasa.
Perjuangan memperkenalkan Olive House ini diteruskan dengan susunan organisasi yang lebih teratur dengan strategi permasaran secara jualan bersemuka "face to face" serta aktiviti "booth" karnival dan juga pemasaran menerusi Internet. Fokus strategi pemasaran yang dipikul Encik Azwan Azrul ini telah membuahkan hasil bukan sahaja meningkatkan hasil jualan tetapi peningkatan meluas penerimaan produk Olive House ini. Hasil kerjasama pasangan suami isteri ini membuahkan hasil dimana Puan Normala Khalid selaku Ejen Senior telah menjadi Ejen Top 10 (Prestasi Jualan Lembah Klang 2) bermula bulan 3 tahun 2018 sehingga kini.
Demi mengorak langkah lebih jauh, hasil latihan dan bimbingan yang diberikan oleh pihak Olive House dan konsistensi jualan yang memberangsangkan, Puan Normala Khalid & suami Encik Azwan Azrul telah membuka premis perniagaan dengan tanda nama jenama kedai Olive House, Aafiyat Store di pusat beli belah Selayang Capitol Complex yang berhampiran dengan Hospital Selayang. Pembukaan premis perniagaan ini dengan rasminya dilancarkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nor Paiza Selaku Pengurus Ejen Lembah Klang 2 pada tarikh 14 Julai 2018 bersamaan 1 Zulkaedah 1439 dengan jayanya
Dengan adanya premis perniagaan ini diharap dapat menyebarkan manfaat produk Olive House ini kepada semua lapisan masyarakat berbilang bangsa sekitarnya agar dapat menikmati produk berkualiti Olive House berteraskan konsep sunnah "Quranic Food" dengan mengamalkan sebagai budaya pemakanan tambahan yang sihat dengan gaya hidup "Aafiyat Lifestyle" sebagaimana Visi & Misi Olive House menjadi peneraju dalam memasarkan rangkaian produk yang semulajadi & organik, berkualiti tinggi dan terbukti dari kajian saintifik.
Sekian Sahaja Coretan Tentang Kami,

